Friday, July 25, 2014

Kubu Salahuddin Al-Ayubi

Pembinaannya telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Ia dibina sebagai mana kubu-kubu yang terdapat di Kota Syria. Sebahagian dari batu-batanya telah diangkut dari Piramid Gizza. Menurut Ibnu Jubair, sejarahwan Andalus yang berkunjung ke Kaherah pada tahun 1183,banyak tawanan tentera salib hingga jumlahnya tidak terhitung telah dikerahkan oleh Agha Karakush untuk menyiapkannya.




Sultan Salahuddin Al-Ayubi melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.



 
 Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al Kamil pada tahun 1207 Masihi. Ia kemudian sentiasa dibaiki dan ditambah oleh pemerintah-pemerintah Mamalik dan Muhammad Ali. Walaupun tujuan asal pembinaannya ialah untuk mempertahankan Kaherah, kubu ini lebih berfungsi sebagai menabalkan raja-raja Mesir dan pusat pemerintahan mereka sehinggalah Khidwi Ismail berpindah ke kediaman rasmi baru di Qasr Abidin.

1 comments:

xhosysueckert said...

Hotels near Casino V, Casa de Monte-Carlo, CA - Mapyro
Find 안산 출장안마 hotels near Casino 거제 출장안마 V, Casa de 여주 출장안마 Monte-Carlo, CA on 부천 출장마사지 Mapyro! Casa de Monte-Carlo is a resort, 안동 출장안마 casino and hotel in Casa de Monte-Carlo, CA.

Post a Comment