Friday, July 25, 2014

Kubu Salahuddin Al-Ayubi

Pembinaannya telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Ia dibina sebagai mana kubu-kubu yang terdapat di Kota Syria. Sebahagian dari batu-batanya telah diangkut dari Piramid Gizza. Menurut Ibnu Jubair, sejarahwan Andalus yang berkunjung ke Kaherah pada tahun 1183,banyak tawanan tentera salib hingga jumlahnya tidak terhitung telah dikerahkan oleh Agha Karakush untuk menyiapkannya.




Sultan Salahuddin Al-Ayubi melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.



 
 Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al Kamil pada tahun 1207 Masihi. Ia kemudian sentiasa dibaiki dan ditambah oleh pemerintah-pemerintah Mamalik dan Muhammad Ali. Walaupun tujuan asal pembinaannya ialah untuk mempertahankan Kaherah, kubu ini lebih berfungsi sebagai menabalkan raja-raja Mesir dan pusat pemerintahan mereka sehinggalah Khidwi Ismail berpindah ke kediaman rasmi baru di Qasr Abidin.

Maqam Imam Syafi'e

Abū ʿAbdullāh Muhammad bin Idrīs al-Syafiʿe atau Muhammad bin Idris asy-Syafi`i  yang akrab dipanggil Imam Syafi'e. Beliau adalah seorang mufti besar Sunni Islam dan juga pengasas mazhab Syafi'i. Imam Syafi'e juga tergolong kerabat dari Rasulullah, ia termasuk dalam Bani Muththalib, yaitu keturunan dari al-Muththalib.

Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahwa Imam Syafi'i lahir di Gaza, Palestina, namun di antara pendapat ini terdapat pula yang menyatakan bahwa dia lahir di Asqalan; sebuah kota yang berjarak sekitar tiga farsakh dari Gaza. Menurut para ahli sejarah pula, Imam Syafi'i lahir pada tahun 150 H, yang mana pada tahun ini wafat pula seorang ulama besar Sunni yang bernama Imam Abu Hanifah.



Imam Syafi'i wafat pada malam Jum'at menjelang subuh pada hari terakhir bulan Rajab tahun 204 Hijriyyah atau tahun 809 Miladiyyah pada usia 52 tahun. Jenazah Imam Syafi'i diangkat dari rumahnya, melewati jalan al-Fusthath dan pasarnya hingga sampai ke daerah Darbi as-Siba, sekarang jalan Sayyidah an-Nafisah. Dan, Sayyidah Nafisah meminta untuk memasukkan jenazah Imam ke rumahnya, setelah jenazah dimasukkan, beliau turun ke halaman rumah kemudian salat jenazah, dan berkata, "Semoga Allah merahmati asy-Syafi'i, sungguh ia benar-benar berwudhu dengan baik."

Jenazah kemudian dibawa, sampai ke tanah anak-anak Ibnu Abdi al-Hakam, disanalah ia dikuburkan, yang kemudian terkenal dengan Turbah asy-Syafi'i sampai hari ini, dan disana pula dibangun sebuan masjid yang diberi nama Masjid asy-Syafi'i. Penduduk Mesir terus menerus menziarahi makam sang Imam sampai 40 hari 40 malam, setiap penziarah tak mudah dapat sampai ke makamnya karena banyaknya peziarah.



Masjid Amru Al-Ash

Masjid Amru bin Ash di Kairo, Ibukota Mesir disebut sebut sebagai masjid tertua di Mesir dan di seluruh benua Afrika. Dibangun oleh Amru bin Ash pada tahun 641 Masehi bertepatan dengan tahun ke 21 Hijirah tak lama setelah penaklukan Mesir. Gubernur Amru bin Ash membuka Mesir dan membangun kota Fusthat sebagai ibu kota Islam pertama di Mesir pada 1 Muharram 20 H./8 November 641 M.

Selama proses pembangunan masjid ini setidaknya melibatkan enam puluh orang sahabat Rosulullah, mereka juga yang menentukan arah kiblat masjid ini. Diantara para sahabat yang turut serta dalam pembangunan awal masjid ini adalah Zubair bin Awam, alMiqdad, Ubadah Bin Shamat, Abu Darda, Abu Zar Al Gifari, Abu Bashrah, Mahmiyah bin Jaza’ Azzubaidi, dan Nabih bin Shawwab Al Bashra, ridhwanullahi alaihim dan lain lain.

Gerbang utama masjid Amru Bin Ash (foto dari Wikipedia)

Masjid Amru bin Al Ash diresmikan dengan melaksanakan solat Jumaat pertama, pada 6 Muharram 21 H./ 17 Desember 642 M, masjid pertama di Mesir dan benua Afrika, menjadi bangunan masjid ke empat di dunia, setelah masjid Nabawi, masjid Bashrah dan masjid Kufah. Namun bangunan awal mesjid ini sudah tidak ada yang tersisa.

Masjid Saidina Hussain

Masjid Saidina Hussain dibina pada 1154 dan terletak di Kaherah, Mesir berdekatan dengan Khan Khalili dan Masjid Al-Azhar. Ia dinamakan sedemikian bersempena cucunda Nabi Muhammad SAW yang dipercayai bahawa kepala Saidina Hussain ibn Ali disemadikan di maqam yang terdapat di dalam Masjid tersebut manakala jasadnya disemadikan di Karbala.



Kebenaran perkara ini sebenarnya pernah menjadi pertikaian di kalangan ulama dahulu. Ada yang menyetujui dan ada yang tidak bersetuju bahawa kepala Saidina Husain itu berada di Mesir. Antara ulama yang menolak dengan keras kebenaran ini ialah Syeikh Ibn Taymiyyah (رحمه الله), malah sehingga kini fatwanya itu masih diyakini oleh mereka yang taksub kepadanya, sambil memperlekeh dan mempersendakan orang-orang yang datang berziarah ke situ kerana menziarahi makam palsu.


Namun, saya melihat pendapat yang dipilih ialah pendapat ulama yang mengatakan memang ianya benar berada di Kaherah, Mesir. Perkara ini telah dijelaskan oleh al-Marhum Syeikh Muhammad Zakiy Ibrahim (رحمه الله) di dalam kitabnya “Maraqid Ahli al Bait fi al-Qaherah”.

Masjid Al-Azhar

Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.


 
Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, gelaran Fatimah az-Zahra, putri Rasulullah S.A.W.

Pada masa Daulat Mamalik, untuk pertama kali masjid ini berfungsi sebagai universiti dan pada tahun 1961 berubah menjadi universiti moden yang memiliki beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Mesir dan dunia Islam. Masjid ini memiliki lima menara dan tiga mimbar. Di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar.


Khan Khalili


Biasanya mahasiswa asing di Mesir memilih pasar Khan Khalili untuk berbelanja souvenir. Pasar yang terletak di kota Hussein ini merupakan pasar unik bercorak timur tengah. Letaknya yang berdekatan dengan universitas Al-Azhar memudahkan para mahasiwa berbelanja. 
 


Khan El Khalili merupakan pasar kebudayaan yang menyajikan barang-barang kebudayaan Mesir. Pasar ini terletak di sebelah masjid Imam Al Husain. Pada zaman keemasan Daulah Mamalik, Khal El Khalili merupakan pasar yang paling terkenal di Semenanjung Arab.


Di Khan Khalili kita akan menemukan berbagai macam cinderamata seperti cristal, patung, gantungan kunci, perfume Mesir, kurma, minyak zaitun, habbatussaudah, baju muslimah, gelang, anting, kalung. Dan semua itu akan tertera gambar-gambar Mesir kuno seperti tulisan herogleib, mumi ramses dan pyramid. 


Pyramid


Beberapa prestasi yang paling luar biasa dalam sejarah manusia berdiri di pemuliharaan di Dataran Tinggi Giza, dengan Kaherah di Mesir. Piramid Besar Mesir, dibina lebih daripada 4,500 tahun yang lalu, terus takjub kehairanan semua yang melawat. Piramid Agung Giza adalah yang paling terkenal dari monumen Mesir kuno. Rangkaian necropolises melayani Royal Mesir elit selama Dinasti ke-4, sekitar akhir milenium ke-3 SM.




Yang paling terkenal adalah makam ini Piramid Khufu. Ia juga dikenali sebagai Piramid Agung (atau Piramid Cheops) dan merupakan yang terbesar dari kumpulan itu. 
The Great Pyramid seterusnya yang paling menonjol adalah Piramid Khafre, kemudian diikuti oleh Piramid sederhana-berukuran Menkaure. 
Piramid Khufu dibina oleh lebih dari 1.300.000 blok batu kapur seberat 2,5-15 tan.