Friday, July 25, 2014

Masjid Al-Azhar

Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.


 
Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, gelaran Fatimah az-Zahra, putri Rasulullah S.A.W.

Pada masa Daulat Mamalik, untuk pertama kali masjid ini berfungsi sebagai universiti dan pada tahun 1961 berubah menjadi universiti moden yang memiliki beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Mesir dan dunia Islam. Masjid ini memiliki lima menara dan tiga mimbar. Di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar.


0 comments:

Post a Comment