Friday, July 25, 2014

Masjid Saidina Hussain

Masjid Saidina Hussain dibina pada 1154 dan terletak di Kaherah, Mesir berdekatan dengan Khan Khalili dan Masjid Al-Azhar. Ia dinamakan sedemikian bersempena cucunda Nabi Muhammad SAW yang dipercayai bahawa kepala Saidina Hussain ibn Ali disemadikan di maqam yang terdapat di dalam Masjid tersebut manakala jasadnya disemadikan di Karbala.



Kebenaran perkara ini sebenarnya pernah menjadi pertikaian di kalangan ulama dahulu. Ada yang menyetujui dan ada yang tidak bersetuju bahawa kepala Saidina Husain itu berada di Mesir. Antara ulama yang menolak dengan keras kebenaran ini ialah Syeikh Ibn Taymiyyah (رحمه الله), malah sehingga kini fatwanya itu masih diyakini oleh mereka yang taksub kepadanya, sambil memperlekeh dan mempersendakan orang-orang yang datang berziarah ke situ kerana menziarahi makam palsu.


Namun, saya melihat pendapat yang dipilih ialah pendapat ulama yang mengatakan memang ianya benar berada di Kaherah, Mesir. Perkara ini telah dijelaskan oleh al-Marhum Syeikh Muhammad Zakiy Ibrahim (رحمه الله) di dalam kitabnya “Maraqid Ahli al Bait fi al-Qaherah”.

0 comments:

Post a Comment